Produk

iEsta Chocolatier
iEsta ChocolatieriEsta Chocolatier

iEsta Chocolatier

RM55.00 Termasuk GST

Produk untuk kestabilan emosi dan kecerdasan minda diformulasi oleh HDr Junaidi Tajul Ariffin telah berada  di pasaran sejak 2006 berasaskan Koko, Susu Kuda, Pegaga dan Soya dengan menggunakan jenama seperti Gotu Kola, Coklat Minda dan Coklat Imtiyaz. Sebelum melakukan rebranding atau penjenamaan semula produk, Sirah 12 telah mendapat khidmat nasihat daripada Universiti Malaysia Sabah dan R&D sendiri untuk meningkatkan lagi kualiti produk pada Jul 2012 – Feb 2013. iEsta Chocolatier adalah produk yang terawal di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.

Product Description

 

Bahan-bahan Asas iEsta Chocolatier

 

SUSU KUDA

• Susu Kuda adalah alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu. (Kajian Godovac Zimmermann et  al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).

 

PEGAGA

Gotu Kola (Pegaga). Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar ‘food for the brain’. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yg terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity). (Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).

KOKO

• Koko. Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, coklat/koko mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat/koko mengandungi khasiat makanan yang seimbang. (Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).

KISMIS

•Kismis. Selain amat berkhasiat gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.

KACANG SOYA

•Kacang Soya. Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan. (Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition’s Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).

MADU

•Madu adalah makanan sunnah bertindak memberi tenaga dan mencerdaskan minda yang kepenatan apabila banyak berfikir. Dikenali sebagai tonik multivitamin.

•Mengandungi banyak sumber mineral dan vitamin. Seperti Niacin, kalsium, riboflavin dan magnesium. Mengandungi campuran flavonoid dan asid fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan yang membantu menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia. (Tahereh, E. O; Moslem, N. 2013. Traditional and Modern of Natural Honey in Human Disease: A Review. Iran Journal Basic Medicinal Science, 16, 731-742.) (Sampath Kumar, K. P; Bhowmik, D; Chiranjib, Biswajit, Chandira, M. R. 2010. Medicinal Uses and Health Benefits of Honey: An Overview. Journal of Chemical and Pharmaceutical Research, 2, 385-395)

ARABIC GUM

•Arabic Gum Merupakan serat larut makanan yang menggalakkan kekenyangan dan mengubah indeks glisemik dengan mengurangkan kadar kolestrol sekaligus mengurangkan berat badan.

•Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal sakit gout, sembelit, buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan.
(Rasha, B; Taring, H. M; Khalifa, E; Rehab, M. B; Florian, L; Amal, M. S. 2012. Effects of Gum Arabic Ingestion on Body Mass Index and Body Fat Percentage in Healthy Adult Females: Two-arm randomized, placebo controlled, double-blind trial. Nutrition Journal, 11.)

OAT

• Oats. Selain kaya fiber, mampu menyumbang tenaga dan meningkatkan fokus berlajar. Mengandungi lebih serat larut yang mampu menyerap dan menghapuskan kolestrol berlebihan dalam badan serta mengeyangkan. Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum, manganese, tiamin dan Vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum.